Connect with us

Oh! Media

“Kontak Rapat Alif Tapi Siap Boleh Live Di GV?”, Ini Penjelasan Jihan Muse

Oh! Artis

“Kontak Rapat Alif Tapi Siap Boleh Live Di GV?”, Ini Penjelasan Jihan Muse

Rupanya semalam timbul satu persoalan bila ada netizen yang berkongsi gambar dan video Jihan Muse bersama dengan Alif Satar di laman sosial semasa mereka berdua dikatakan mengacara sesi XTravaganza With Xpander anjuran Mitsubishi Motor Malaysia.

Netizen mempertikaikan kenapa Jihan tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pasangan hosnya dalam program yang berlangsung pada Sabtu lalu itu disahkan positif Covid-19.

Kepada yang tertanya-tanya, program itu memang ditayangkan semalam tapi itu adalah program rakaman yang telah kami rakam pada 11 November lalu.

Saya dah hubungi dengan pengurus Alif dan semua pihak yang terlibat dalam lingkungan waktu tersebut.

Macam manapun sama-sama kita doakan Alif cepat sihat dan juga individu-individu di sekeliling beliau. – Kata Jihan Muse.

Tambah Jihan, dia tetap menjalankan tugas dia seperti biasa semalam (Ahad) dan akan melakukan prosedur yang seterusnya.

Walaumacam manapun saya akan tetap jalankan tanggung jawab saya. Esok atau selepas habis GV malam ini saya akan buat swab test.

Malam ini saya perlu menjaga SOP semaksimum yang boleh dan orang di sekeliling saya pun menjaga SOP masing-masing. Pakai pelitup muka, pakai sarung tangan.

Buat masa ni Alhamdulillah, kita doa yang baik-baik. – Katanya.

Alahai, semoga Jihan Muse dan peserta-perserta GV baik-baik saja lah, hope tak ada apa yang serius. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka semua.

Kredit: Sinar Plus

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

ITTIFY

To Top