Connect with us

Oh! Media

Konsert Sumandak Stars: Didi Dan Bella Astillah Hanya Buat Persembahan, Bukan Urus Penganjuran

Ohmedia bella Astillah

Oh! Artis

Konsert Sumandak Stars: Didi Dan Bella Astillah Hanya Buat Persembahan, Bukan Urus Penganjuran

Penyanyi Didi Astillah tampil menjelaskan bahawa dia dan kakaknya, Bella Astillah, hanya diundang untuk membuat persembahan di konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.

Didi menegaskan bahawa mereka tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran acara tersebut. Didi menyatakan bahawa dia dan Bella hanya dijemput untuk menjayakan konsert itu, jadi tidak layak untuk mengulas isu pengunduran Stacy.

Didi Astillah

Saya mahu tegaskan, saya dan kakak (Bella), tidak ada kena mengena dengan pihak penganjur. Kami tidak tahu bagaimana perjalanan konsert dan sebagainya.

Didi turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya hanya dijemput sebagai artis penampilan khas dan hadir ke sidang media konsert atas jemputan penganjur. Namun, dia terkejut apabila gambarnya dipaparkan di poster konsert.

IKLAN

Fikirkan datang untuk beri sokongan, tetapi tidak tahu pula gambar saya terpampang dalam poster konsert. Namun, saya anggap ini suatu peluang dan rezeki.

Mengenai isu pengunduran Stacy, Didi mengakui tidak mengetahui perkara itu secara terperinci kerana sibuk dengan persiapan Famili Duo 4.

Didi

Sebenarnya, saya dapat tahu mengenai perkara itu melalui media sosial. Sejujurnya, sejak kebelakangan ini, saya sangat sibuk dengan persiapan FD4. Jadi, saya sebenarnya tidak tahu-menahu. Saya hanya dipanggil penganjur untuk membuat persembahan. Maksudnya orang bayar, kita menyanyi.

Pada hari Jumaat lalu, Stacy melalui syarikat pengurusannya, Rythm & Rhyme, mengumumkan penarikan diri dari konsert yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November depan.

Menurut Stacy, dia membuat keputusan itu disebabkan beberapa syarat yang tidak dipatuhi pihak penganjur termasuk rekaan poster.

Ohmedia bella Astillah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas