Connect with us

Oh! Media

Komen Shuhada Dalam Video Janna Nick Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi Curi Tumpuan

shuhada

Oh! Artis

Komen Shuhada Dalam Video Janna Nick Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi Curi Tumpuan

Nama pelakon Hafidz Roshdi hari ini tiba-tiba muncul semula selepas dilihat menyanyi bersama Janna Nick dalam satu perkongsian di Instagram Janna. Bagaimanapun, apa yang membuatkan perkongsian ini menarik adalah bila bekas isteri Hafidz iaitu Shuhada ada meninggalkan komen.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran tersebut, Janna dan Hafidz dilihat asyik menyanyikan lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem. Mereka ketika itu sedang berada di set penggambaran drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’.

Wehhh kena siak lagu ni dengan dia hahahahha, menceritakan segalanya.

Janna Nick turut memberi respon terhadap komen Shuhada dan memberikan emoji ketawa.

Netizen juga ada memberi reaksi lucu terhadap hantaran Shuhada yang dilihat selamba di sebalik isu di antara mereka berdua sebelum ini.

Untuk pengetahuan korang, Hafidz dan Shuhada telah sah bercerai talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas