Oh! Artis
Klien Pun Kena Faham, Bella Astillah Tak Mahu Libatkan Keluarga
Bella Astillah kongsi sebab utama dia tapis content di media sosial demi anak-anak dan keluarga.
Sebagai selebriti, setiap perkongsian di media sosial memang jadi perhatian ramai. Tapi bagi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, dia ada sebab tersendiri kenapa setiap content yang dikongsi perlu melalui tapisan terlebih dahulu.
Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, akui dia risau kalau apa yang dimuat naik hari ini akan jadi tatapan anak-anaknya pada masa akan datang.
Bella Astillah tak mahu anak-anak terkesan dengan kandungan media sosial…

Sebab itu, Bella bersama pasukan pengurusannya akan semak dulu semua content sebelum dipersetujui.
Kami akan semak dahulu sebelum bersetuju untuk buat content, tapis dahulu perkara yang tidak sepatutnya. Saya pun risau sebab ada anak-anak, mereka akan lihat semua itu.
Cuma jika ada yang membuatkan orang tidak selesa saya minta maaf. Itu mungkin terlepas pandang.- Jelas Bella.
Klien faham bila ada batas tertentu…

Bagi Bella, bukan semua tawaran klien boleh diterima bulat-bulat. Ada juga yang diminta di luar keselesaan dirinya, contohnya mempromosikan cincin. Namun, Bella lega sebab kebanyakan klien faham dan menghormati pendiriannya.
Namun apabila ditolak, pihak klien faham kerana saya tidak mahu perkara ini sampai melibatkan keluarga.- Katanya.
Selain sibuk dengan content di media sosial, Bella kini kembali dengan drama baharu berjudul #Fyp arahan Nor Ashikin Zainal. Katanya, dia terbuka untuk terlibat kerana jalan ceritanya lain daripada yang biasa ditonton. Drama ini akan mula ditayangkan pada 12 September di saluran TV2.
Pssttt! Korang nampak kan, walaupun selebriti ada banyak tawaran kerja dan content, Bella tetap pilih untuk jaga batas demi anak-anak dan keluarga. Kita pun boleh ambil pengajaran, jangan main terima semua benda yang datang kalau akhirnya boleh jejaskan diri sendiri atau orang tersayang. Jaga imej, jaga maruah, baru hidup tenang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 7 hours ago