Connect with us

Oh! Media

bekas isteri nd lala

Oh! Artis

“Kita Ternyata Lebih Baik Tanpanya” – Hantaran IG Bekas Isteri ND Lala Sekali Lagi Curi Perhatian

Bekas isteri kepada penyanyi veteran Dato’ ND Lala iaitu Fauziah Sarman meluahkan isi hati seolah-olah sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang melanda dirinya sejak bertahun lalu.

BACA: “Sedarlah Diri, Semua Hasil Titik Peluh Anak” – Fauziah Perli Bekas Suami, ND Lala

IKLAN

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie memuat naik foto bahagia bersama empat orang anak dan cucu-cucu kesayangannya.

Tulis Mamazie di ruangan kapsyen, dia akhirnya memahami hidup ini adalah susunan takdir tentang hadir dan perginya seseorang.

bekas isteri nd lala

Dia juga menyedari perginya seseorang adalah petanda bermulanya kehidupan baru. Malah, dia ‘tumbuh’ kembali dengan pelbagai cara tanpa sebarang penyesalan, beban ingatan dan harapan untuk kembali.

Akhirnya dia pergi, dan kita ternyata lebih baik tanpanya.

Meninjau di Instagram Story, Mamazie ada memuat naik pesanan mengenai perangai ‘munafik’ seseorang yang menipu orang sekeliling dengan perwatakan yang dibawa.

ibu shila amzah

Terdahulu, Fauziah meluahkan tentang sikap bekas suaminya yang dikatakan pernah mengabaikan nafkah isteri dan keluarga selama bertahun-tahun.

Dakwanya, kehidupan mereka sekeluarga selama ini disara anak sulung, Shila Amzah kerana ND Lala tidak mempunyai pekerjaan.

Kredit: Instagram Fauziah Sarman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas