Oh! Artis
“Kita Tahu Kau Nak Sangat Ex Aku Tu” – Ruhainies Pakai ‘Mask’ di Mahkamah, Komen Pedas Sarah Yasmine Bikin Kecoh!
Hari ini, perbicaraan kes tangkap khalwat pelakon popular Aliff Aziz dan Ruhainies telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. Isu ini sememangnya menjadi topik hangat di kalangan netizen Malaysia.
Ruhainies yang hadir dengan memakai pelitup muka dan bertudung labuh telah menarik perhatian ramai. Ini termasuklah bekas kekasih Aliff, Sarah Yasmine, yang turut meninggalkan komen pedas di ruangan komen perkongsian video Astro Gempak.

Sarah secara terang-terangan memerli penampilan Ruhainies, menasihatinya agar tidak perlu memakai pelitup muka kerana semua orang sudah tahu pelakon itu gembira hadir ke mahkamah.
Dia juga mendakwa bahawa senyuman bahagia Ruhainies sebenarnya cuba disembunyikan di sebalik mask yang dipakai.
Pakai mask sebab taknak dikecam kena kes khalwat tapi nda ada malu, banyak senyum aja ada.
Bukan setakat komen ini saja yang mendapat perhatian, tetapi ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong kenyataan Sarah, manakala yang lain berpendapat perkara ini terlalu sensitif untuk diulas secara terbuka.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Astro Gempak | Beautifulnara
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM