Connect with us

Oh! Media

“Kita Semua Ada Kelemahan” – Hantaran Adik Aliff Aziz Undang Perhatian

adik aliff aziz

Oh! Artis

“Kita Semua Ada Kelemahan” – Hantaran Adik Aliff Aziz Undang Perhatian

Beberapa hari ini, dunia seni hiburan kecoh dengan kes khalwat melibatkan selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Ada Peluang Lagi Untuk Mu” – A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Gantikan Dengan Bella Astillah

Pelbagai spekulasi yang timbul namun Aliff dan Ruhainies setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Jangan sebar aib orang lain

aisyah aziz

Terbaru, adik kepada Aliff iaitu Aisyaah Aziz menerusi hantaran di Instagram Story mengaku ahli keluarga terkena tamparan hebat sejak beberapa hari lalu.

Tapi kami tak boleh menghukum anda. Mungkin anda betul-betul tak tahu atau bercakap mengenainya dan menyebarkan ‘api’ membuatkan anda rasa baik.

Namun, penyanyi ini berharap orang ramai dapat menahan diri daripada terus menyebarkan maklumat ‘tak sihat’ atau aib yang kini sedang menguji mereka sekeluarga.

aisyah aziz

Jelasnya lagi, semua orang mempunyai kelemahan tersendiri dan Allah SWT telah menutupnya daripada dihidu orang lain.

Jadi, adalah lebih baik orang ramai tak menjadi golongan yang menyebarkan aib orang lain pula.

Kredit: Instagram Aliff Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas