Oh! Artis
“Kita Pun Sebagai Orang Tua Bukan Pengemis” – Datuk Yusof Haslam
Sebelum ini pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ada mendedahkan yang anak sulungnya, Syamsul Yusof tidak pulang ke rumah sejak lima tahun lepas.
Menurut laporan Harian Metro, pengarah itu sudah menganggap ianya adalah cerita lama dan rasa tidak manis untuk diulang-ulang.
Terpulang kepada dia sajalah, cerita pun sudah lama, lima tahun, Saya nak terus cakap benda ni berkali-kali pun, pada saya tidak manis untuk ulang benda sama banyak kali.
Yusof Haslam juga berkata yang ibu bapa bukanlah ‘pengemis kasih sayang’ anak-anak sendiri dan apapun situasi yang berlaku, mereka tetap sayang akan Syamsul.
Kita pun sebagai orang tua bukan pengemis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi.
Pada saya, dia tahu di mana tempat dia dan dia juga tahu di mana hendak balik.
Bukan tu jer, pengarah itu juga berkata yang dirinya sudah buntu untuk menasihati Syamsul memandangkan anaknya itu sudah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM