
Oh! Artis
Khairul Aming Cirit-Birit Tapi Tetap Ceria, Ramai Bersimpati Dan Doakan Cepat Sembuh
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA), tetap sempat menceriakan suasana meskipun mengalami sakit cirit-birit. Dalam siaran langsung di TikTok, KA mendedahkan dirinya dan beberapa rakan turut mengalami masalah sama.
Walaupun kurang sihat, KA tampil ceria ketika berborak dengan penonton. Difahamkan, siaran langsung di akaun TiktoK itu dilakukan sebelum beliau mendapatkan rawatan di klinik, seperti yang tular di media sosial.

Dalam video yang dikongsi rakannya, Kemeyyhakim, KA dilihat terbaring sambil menerima rawatan di klinik. Meskipun tampak lemah, KA tetap tersenyum melihat gurauan rakan-rakannya.
Ramai doakan Khairul Aming cepat sembuh…

Rata-rata netizen mendoakan agar KA segera sembuh. Namun, ada juga yang berseloroh mengusik pempengaruh itu, menyamakan keadaannya seperti ibu mengandung di trimester pertama.
Sebelum ini, KA dan pasukannya sibuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Usahanya mendapat pujian ramai kerana bertindak pantas dan memberi manfaat kepada mangsa-mangsa banjir.
BACA: Baru Mendarat Di Kelantan, Khairul Aming Mula Misi Bantuan Banjir
#OhmediaNasihat
Kesihatan adalah perkara utama yang perlu dijaga, terutama selepas melalui tempoh sibuk. Semoga kita sentiasa peka dengan tahap kesihatan diri dan segera mendapatkan rawatan jika perlu. Jangan lupa berehat secukupnya, ya!
