Connect with us

Oh! Media

Khai Bahar Rasa Kosong, Berada Di Langkawi Ketika Ibu Hembuskan Nafas Terakhir

khai bahar

Oh! Artis

Khai Bahar Rasa Kosong, Berada Di Langkawi Ketika Ibu Hembuskan Nafas Terakhir

Salam takziah buat Khai Bahar dan keluarga atas kehilangan ibu tercinta, Rosnah Mohamad yang menghembuskan nafas malam Selasa.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan mStar, Khai meluahkan pemergian ibunya ini adalah satu tamparan hebat buat dirinya.

Tiada apa yang saya boleh katakan sekarang. Otak saya masih kosong.

Rasa kosong itu lebih dirasainya selepas tidak dapat berada di sisi dan menatap buat kali terakhir wajah ibunya sebelum meninggal dunia.

Saya berada di Pulau Langkawi ketika mendapat tahu ibu meninggal dunia. Dengan bantuan seorang rakan, saya berjaya mendapatkan bot untuk terus pulang.

Alhamdulillah saya tiba di rumah sekitar pukul 2 pagi (Rabu).

Jenazah arwah Ronah Mohamad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar selepas solat Zohor. Al-Fatihah.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas