Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Khai Bahar Nafi Dakwaan Sering Ke Kelab Malam, Hanya Karaoke Di Rumah

Sebelum ini ada dakwaan tentang penyanyi popular, Khai Bahar makin liar sampai pergi ke kelab malam untuk berhibur. Betul ke ni?

BACA: Khai Bahar Minta Individu Buat Tuduhan Liar Muat Naik Gambar Kalau Kata Dakwaan Itu Benar

IKLAN

Menurut laporan OhBulan!, Khai Bahar menegaskan dakwaan selalu pergi ke kelab malam selepas kehilangan ibu itu tidak benar.

Penyanyi itu juga berkata sudah kurang berjumpa dengan rakan-rakannya sejak ibunya sakit pada tahun 2022.

Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja.

Tambahnya dia juga sudah berhenti pergi ke karaoke dan lepak di luar kerana perkara itu membuatkannya lupa terhadap ibu.

Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’.

Khai juga berkata fitnah yang dilemparkan tidak memberi kesan kerana dia tidak kisah dengan perkara itu.

Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti. Nak berlawan balik pun tiada faedah. Siasat la sampai dapat, saya tak buat apa pun.

Terjawablah rupanya Khai Bahar hanya berhibur dengan kawan dekat rumah dan bukannya kelab malam. Apapun, diharapkan fitnah macam ni dah tak berlaku lagi.

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas