Connect with us

Oh! Media

“Kesian Saya Tunggu Pembeli Tak Kunjung Tiba” – Aliff Syukri Batal Keinginan Jual Rumah Bernilai RM6 Juta

aliff syukri

Oh! Artis

“Kesian Saya Tunggu Pembeli Tak Kunjung Tiba” – Aliff Syukri Batal Keinginan Jual Rumah Bernilai RM6 Juta

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia terpaksa membatalkan hasrat untuk menjual rumahnya yang bernilai RM6 juta kerana tiada pembeli.

ADVERTISEMENT

Aliff Syukri

Kediaman mewah milik Aliff Syukri itu dilaporkan terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan khabarnya tidak mendapat sambutan mana-mana pihak kerana harganya yang terlalu mahal dan kebanyakan pembeli tidak berkemampuan.

Berikutan itu, Aliff Syukri mengambil inisiatif untuk menyewakan sahaja unit kediamannya yang terletak di Pavillion Bukit Bintang itu kepada mereka yang berminat dengan tawaran diskaun menarik.

Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished).

Dia berkongsikan perkara itu menerusi satu hantaran d Instagram untuk perhatian peminat dan pengikut media sosialnya.

Jelasnya lagi, dia membuka harga sewa sebanyak RM28,000 sebulan namun akan mengenakan diskaun sebanyak 45%-50% kepada mereka yang berminat.

Aliff Syukri yang kini mempunyai saluran Youtube sendiri turut menceritakan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat di kawasan kediaman mewahnya itu kepada penonton.

“Rumah ni betul-betul bawah Pavillion jadi kalau nak shopping beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai..” tulis Aliff Syukri lagi.

Ada siapa-siapa yang berminat ke? Boleh hubungi Datuk Aliff Syukri di Instagram ya!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas