Connect with us

Oh! Media

Kes Langgar SOP PKPB Neelofa & Suami Ke Nilai Ditunda Hingga 15 Julai

Ohmedia 7

Oh! Artis

Kes Langgar SOP PKPB Neelofa & Suami Ke Nilai Ditunda Hingga 15 Julai

Ramai juga yang kami perhatikan masih berminat dan mengikuti kes yang melibatkan pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz selepas didapati melanggar SOP PKPB sewaktu ke Nilai.

Peguan mereka, M Haresh bagaimanapun dalam satu kenyataan mengesahkan kes yang dijadual pada 23 Jun ini telah ditangguhkan ke tarikh 15 Julai 2021 berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah Majistret menetapkan 15 Julai sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya. – Katanya.

Siasatan masih dijalankan selepas mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

IKLAN

Untuk pengetahuan, sekiranya disabitkan bersalah, mereka akan dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas