Oh! Artis
Zahnita Wilson Dakwa Pernah Dicekik Suami
Abdul Zackery Ghouse Abd Ghani, suami kepada model dan pelakon Zahnita Wilson, kini bebas daripada tuduhan mendera empat anaknya.
Keputusan mahkamah itu bukan sahaja memberikan kelegaan buat Zackery, malah membolehkannya bertemu dengan anak-anak setiap minggu serta mendapat hak bermalam.

Alhamdulillah, seharian bersama anak-anak selepas dua bulan hanya bertemu dua kali sebulan iaitu selama dua jam sahaja.- Katanya.
Menurut Zackery lagi, tuduhan tersebut telah digugurkan oleh pihak mahkamah. Perkongsian ini dibuat menerusi akaun Instagram Zackery yang turut memaparkan gambar-gambar mesranya bersama anak-anak.
Pihak mahkamah menggugurkan tuduhan saya mendera anak-anak dan kini dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu serta hak bermalam bersama dua kali sebulan.- Tambahnya.

Zahnita pula dedah kisah dipukul hingga lebam…
Namun, di sebalik keputusan mahkamah itu, Zahnita Dorothy Hussein Wilson pula tampil dengan pendedahan mengejutkan. Menerusi Instagram Story, Zahnita mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan suami sehingga lebam di bahagian mata.
Saya menerima sebanyak lima hingga enam pukulan pada bahagian kepala dan lengan sebelum dia mencekik saya.- Dakwa Zahnita.
Beliau turut menyatakan bahawa insiden tersebut berpunca daripada hasutan pihak lain.
Saya dipukul kerana hasutan wanita lain. Saya berkata benar dan tidak lain hanyalah demi kebenaran. Tuhan, tolonglah saya.- Tulisnya lagi.

Namun, Zahnita tidak menjelaskan secara khusus sama ada pendedahan itu berkaitan dengan keputusan mahkamah yang menggugurkan dakwaan terhadap suaminya.
Disebabkan isu ini, Zahnita telah memfailkan cerai pada 3 Disember. Pasangan ini berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna Ghouse, Zahlia Syawwal dan Abd Zayden Ghouse.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM