Connect with us

Oh! Media

Kes Diklasifikasi Mati Mengejut, Polis Dedah Punca Kematian Syazlin Zainal

Jpg 20221111 143708 0000

Oh! Artis

Kes Diklasifikasi Mati Mengejut, Polis Dedah Punca Kematian Syazlin Zainal

Semalam telah tular di media sosial mengenai berita seorang pelakon wanita tempatan, Syazlin Zainal yang telah meninggal dunia secara mengejut dan punca kematian baginya belum dapat dipastikan.

BACA:Pemurah Dengan Senyuman” – Hun Haqeem Kongsi Sikap Sebenar Allahyarham Syazlin Zainal

Hari ini, satu posting telah tular di Twitter memaklumkan kenyataan media daripada pihak polis mengenai pelakon itu telah meninggal dunia berpunca kerana jatuh daripada sebuah bangunan pangsapuri.

IKLAN

Jatuh Dari Tingkat Atas

20221111 143225

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai mayat seorang wanita di bahagian bawah sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru.

Hasil siasatan mendapati pelakon itu telah jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Pihak polis meminta bantuan orang awam yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi bagi membantu siasatan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas