Connect with us

Oh! Media

‘Kerja Kuat Saya Tak Sekuat Pengorbanan Mama’ – Ayda Syukur Dapat Hadiahkan Rumah Untuk Ibu

Oh! Artis

‘Kerja Kuat Saya Tak Sekuat Pengorbanan Mama’ – Ayda Syukur Dapat Hadiahkan Rumah Untuk Ibu

Memang menjadi impian setiap anak-anak apabila besar nanti, nak bahagiakan dan hadiahkan sesuatu untuk ibu dan ayah. Jika nak bandingkan pengorbanan mereka besarkan kita, memang tak terbalas.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ni, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat ada berkongsi yang dia juga bersyukur kerana akhirnya dapat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat khas buat ibu dan ayahnya di Puncak Alam, Selangor.

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah. Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah.

Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.

Senyuman mama tu, priceless. Syukur & terima kasih semua yang menolong & terlibat dalam proses beli dan surprise ni. Thank you family, Team @themalayatv & also Team @ecograndeur_ew ! The best! Thank you semua yang dm and wish. – Tulisnya.

Ayda yang sudahpun bertunang bersama Nabil Mahir turut menyatakan yang sudah menjadi impian untuknya menghadiahkan sebuah rumah yang selesa buat ibu dan ayah sebelum dia berkahwin.

Tahniah dan terus maju jaya serta dimurahkan rezeki buat Ayda Jebat.

Kredit: Instagram Ayda Jebat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas