Oh! Artis
Kenyataan Isteri Disalahtafsir, Yusof Haslam Nafi Gembira Syamsul Nak Bercerai Dengan Ira
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila kenyataan isterinya mengenai penceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar disalah tafsir.
Memetik laporan mStar, Yusof berkata tiada istilah gembira kerana mereka turut terkejut dan sedih dengan nasib yang menimpa anaknya.

Dia hanya mampu menyerahkan segala yang berlaku sebagai ketentuan Allah SWT. Beliau memohon orang ramai tidak salah faham kononnya mereka bertepuk tangan.
Pagi tadi pun isteri saya senyap saja. Jangan anggap saya dan isteri gembira dengan perkhabaran itu. Kami reda dengan apa yang berlaku.
Katanya lagi, kadang kala apa yang diberitahu isterinya, Datin Patimah Ismail disalah tafsir dan dimanipulasi segelintir pihak.

Bagi mereka, tiada istilah benci membenci dan mereka tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Saya tak mahu komen lebih sebab saya tak mahu lukakan hati mana-mana pihak. Biarlah mereka uruskan masalah ini dengan baik.
Terdahulu, hubungan rumah tangga Syamsul dan Ira bagai retak menanti belah apabila pengarah itu menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Selangor.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM