Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kena Pegang?”- Peminat Geram Tengok Tangan Ahmad Dhani Sentuh Fazura

Ohmedia fazura

Oh! Artis

“Kenapa Kena Pegang?”- Peminat Geram Tengok Tangan Ahmad Dhani Sentuh Fazura

Tak takut Awang marah ke? Jangan sampai Awang bawa Mat Kilau wahai Ahmad Dhani. Hari ni kecoh lagi satu video ni selepas penyanyi popular Indonesia Ahmad Dhani dilihat memegang bahagian belakang Fazura.

Menerusi rakaman dimuat naik oleh pengurus Fazura, Iman Tang di Instagram, isteri kepada Fattah Amin itu telah dijemput ke atas pentas untuk menyanyikan bahagian wanita di dalam lagu tersebut.

Video pendek menunjukkan band tersebut menyanyikan lagu popular mereka, Sedang Ingin Bercinta bersama Fazura meraih perhatian peminat tapi lain pula yang terjadi.

IKLAN

Ramai rakan selebriti dan pengikutnya memberikan reaksi mereka di ruangan komen namun sesetengah peminat dilihat berasa kurang senang dengan tindakan Ahmad Dhani.

Berdasarkan video itu, Ahmad Dhani dilihat memegang belakang Fazura dan menyuruhnya untuk mara ke tengah pentas ketika menyanyi.

Image 81

Apa yang dilakukannya itu dikatakan kurang manis apatah lagi masing-masing berstatus isteri dan suami orang.

Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat ia adalah tindakan spontan daripada Ahmad Dhani, bukanlah kerana mempunyai niat yang lain.

Image 82

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas