Connect with us

Oh! Media

“Kena Cakap Terima Kasih” – Peminat Kecewa Neelofa Buat Tak Nampak ‘Gift’ Peminat, Sampai PU Riz Tegur

Oh! Artis

“Kena Cakap Terima Kasih” – Peminat Kecewa Neelofa Buat Tak Nampak ‘Gift’ Peminat, Sampai PU Riz Tegur

Sudah menjadi lumrah seorang selebriti, segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian pengikut. Tambahan pula dengan adanya media sosial sekarang ini, peminat lebih mudah untuk berhubung dan berinteraksi secara terus dengan artis kesayangan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ya Allah RM14k Duit Raya Dia” – Netizen Teruja Tengok Angpau Raya Anak Neelofa

Terbaru, nama Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia dilihat seolah-olah tidak mengendahkan ‘hadiah’ atau pemberian seorang peminat di TikTok.

Neelofa dan suaminya, PU Riz ketika itu difahamkan sedang bersiaran langsung di TikTok bercakap mengenai perancangan bisnes mereka.

@partnernunha Founder & HQ mmg takkan ada rasa nk menghargai reseller. Kami dah cuba sehabis baik selama ni untuk buat sales dan backup HQ habis2an. Tapi apabila ada teguran HQ mmg takkan layan. Sampai bila HQ nk mendabik dada? Alangkan follower bagi gift pun tak dihargai. Ini kan reseller yg dah lepas ambik stock lepastu banyak mengadu dgn HQ pasal masalah2 dkt luar sana. Lagi la tak peduli. #neelofa #innainunha #innaineelofa #innainunhashahalam #innainunhakualalumpur #fyp #fypシ #fy #fypシ゚viral #fypage ♬ original sound – PartnerNunHa

Tiba-tiba seorang peminat menghadiahkan ‘Swan’ menyebabkan PU Riz menegur isterinya supaya mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Ada orang bagi itik. Orang bagi hadiah banyak tu. You kena cakap terima kasih.

Akur dengan teguran suami, ibu kepada Muhammad Bilal ini segera mengucapkan terima kasih dan menyambung perbincangan mengenai bisnesnya.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen. Ada yang mempertahankan usahawan itu dengan berkata dia sebenarnya ada mengucapkan terima kasih setiap kali terima ‘gift’ peminat.

@seorangnur

Berapa banyak kali dia dok main2 dengan topi orang bagi. Ucap terima kasih. Sekali dia nak bercakap dgn suami dia and taknak cerita pasal gift, terus dikata sombong. Tetapi sifat manusia memang suka tengok orang lain cakap buruk tentang orang lain. Dia rasa bangga. Dia rasa wahhh aku lah hero sebenar. Media sosial ni boleh jadi saham pahala kita, boleh jadi juga saham dosa sebab jadikan tempat untuk orang mengumpat. Ingat ya, kiri kanan kita tak pernah tidur dari mencatat. ##neelofa ##harisismail ##neelofaharis ##fyp ##fypシ ##foryou ##fypage ##xyzbca ##masukberanda

♬ Dj Close Your Eye X Bangun Tidur Selfi X Go Sampe Bawah – Dj Kunam

Kredit: TikTok PartnerNunHa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas