Connect with us

Oh! Media

Kelibat Kamal Adli Tiada Dalam Video Percutian Bersama Keluarga Uqasha Senrose Undang Persoalan Ramai

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Kelibat Kamal Adli Tiada Dalam Video Percutian Bersama Keluarga Uqasha Senrose Undang Persoalan Ramai

Baru-baru ini, pelakon jelita Uqasha Senrose memuat naik video percutian bersama keluarganya di Instagram. 

Dalam kapsyennya, Uqasha meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama keluarga sebagai penutup bagi tahun 2024.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah ketiadaan kelibat suaminya, Kamal Adli dalam video tersebut.

IKLAN

Netizen mula berspekulasi tentang Uqasha dan Kamal Adli

Ada segelintir netizen mula tertanya-tanya tentang hubungan pasangan ini memandangkan Uqasha sudah lama tidak berkongsi gambar atau video bersama Kamal di media sosial.

Walaupun begitu, ramai yang tetap mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini dan ada yang menasihatkan agar tidak terlalu cepat membuat spekulasi tanpa fakta yang jelas.

Uqasha Senrose pernah nafi khabar angin sebelum ini

Uqashajpg

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan rumah tangga Uqasha dan Kamal sedang bergolak. Namun, kedua-duanya menafikan perkara tersebut dengan tegas.

Malah, Uqasha turut meluahkan rasa kecewa terhadap khabar angin itu dan berasa pelik bagaimana isu tersebut boleh timbul.

#OhmediaNasihat

Jangan cepat membuat spekulasi tanpa bukti. Kehidupan rumah tangga selebriti juga tidak terkecuali daripada ujian dan tekanan. Sebagai peminat, lebih baik kita mendoakan kebahagiaan mereka daripada menyebarkan khabar angin yang tidak sahih.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas