Connect with us

Oh! Media

“Kau Petik Bini Aku Eh” – Ali Puteh Berang Isteri Kena ‘Sound’ Hanya Kerana Menangis

ali

Oh! Artis

“Kau Petik Bini Aku Eh” – Ali Puteh Berang Isteri Kena ‘Sound’ Hanya Kerana Menangis

Semalam, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya mengumpul RM75,000 selepas menjual harta peribadi iaitu kereta, motosikal dan trofi kemenangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta, Motosikal Dan Trofi ‘Sold’, Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75k

Pengorbanan yang dibuat Ali demi melangsaikan hutang menyentuh hati orang ramai tambahan pula isterinya dilihat menangis.

Tetapi, ada pula seorang netizen menyifatkan tindakan isteri Ali menangis adalah tak patut. Katanya, isteri Ali harus gembira kerana suami akhirnya membayar hutang yang tertunggak.

Isteri Ali kena sekolah sebab menangis

@aliputeh89

Aku agak dah akan muncul mcm ni… Isteri aku pulak kau petik… Ade spe boleh cari kan manusia ni?? Dengar duduk johor…esok kebetulan ke johor…soe ade no atau alamat rn500 sy bagi…kau petik bini aku ekhhh

♬ original sound – aliputeh

Individu berkenaan sempat ‘sekolahkan’ isteri Ali berkata, sekiranya suami meninggal dunia, hutang tersebut haruslah ditanggung oleh waris iaitu anak-anak Ali pula.

Kau jenis perempuan apa ni? Kau suka laki kau hutang sana sini, lepas tu korang enjoy korang tak nak bayar hutang orang lain. Mana boleh.

Berang nama isteri kena petik, pelawak ini menawarkan RM500 kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan alamat atau nombor telefon individu tersebut.

Ali bagaimanapun tak menjelaskan secara terperinci mengenai tindakan seterusnya yang bakal diambil.

Kredit: TikTok Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas