Connect with us

Oh! Media

leona

Oh! Artis

Kasih Iris Leona Didakwa Ada Penyakit Tiroid, Dah Buat ‘Check Up’ Dengan Doktor

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona meluahkan rasa rimasnya dengan teguran netizen yang mendakwa dia menghidap penyakit Tiroid.

Ini gara-gara bagagian leher Leona dilihat sedikit berbeza dan tebal dari kebiasaan.

IKLAN

Sedar tentang dakwaan itu, Leona memaklumkan dia sudah pun berjumpa doktor sebanyak dua kali dan hasil keputusan perubatan mendapati dia bebas daripada penyakit tersebut.

Kasir Iris Leona dah dua kali buat full blood test

Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid).

Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih.

Leher nampak tebal bukan sebab sakit tetapi berlemak…

Ujarnya lagi, lehernya tidak mengalami bengkak sebaliknya hanya lemak semata-mata.

Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak. Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar.

Leona turut meluahkan rasa rimah dengan netizen yang terus bercakap tentang wajahnya dan berharap semua berhenti daripada mendakwanya bukan-bukan.

Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadap berikan komen tentang badan orang lain okay.

Tindakan yang pantas Leona sebab walaupun rimah dengan netizen yang bercakap ni, masih tetap buat pemeriksaan kesihatan untuk kepastian. Semoga Leona dan keluarga sihat.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas