Connect with us

Oh! Media

Kantoi Dadah, Shah Rukh Khan Upah Peguam Termahal Bela Anak

Aryan Khan

Oh! Artis

Kantoi Dadah, Shah Rukh Khan Upah Peguam Termahal Bela Anak

Penangkapan anak sulung kepada bintang terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan semestinya menggemparkan peminat dunia Bollywood. Siapa sangka, dia yang sentiasa menjaga nama baiknya tiba-tiba terpalit dengan isu sedemikian.

BACA: Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Tidak berdiam diri, aktor berkenaan yang sepatutnya ke Sepanyol untuk penggambaran sebuah filem terpaksa membatalkan penerbangan.

IKLAN

Shah Rukh Khan guna peguam termahal

0d0f3c709ce4f22cb2ff173d0bdf6f0e

Memetik laporan Kosmo! Online, Shah Rukh Khan dan isteri sepakat bersama dengan Aryan selepas rayuan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan ditolak Mahkamah Mumbai.

Sumber terdekat memaklumkan, Aryan menangis sebaik diberi peluang bercakap dengan bapanya selama dua minit. Dia dikatakan takut berada dalam tahanan.

Bagi pembelaan kes, pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini telah mendapatkan khidmat peguam termahal Bollywood iaitu Satish Maneshinde.

Satish sebelum ini pernah membantu Sanjay Dutt mendapatkan kemenangan atas pertuduhan menyimpan senjata api milik kumpulan penjenayah serangan bom di India.

Aryan hadir sebagai jemputan sahaja

Aryan khan 1

Ini memberi lebih banyak harapan kepada pelakon kacak ini dalam usaha membebaskan anak lelakinya itu. Tambahan pula apabila Aryan menegaskan kehadirannya ke parti itu hanya sebagai jemputan sahaja.

Aryan mendakwa lagi, dia langsung tidak tahu parti membabitkan dadah walaupun pihak polis menjumpai paket dadah seberat 6 gram di dalam poket seluarnya.

Penangkapan Aryan bersama rakan-rakan menguatkan lagi spekulasi dia sebenarnya sudah empat tahun bergelumang dalam aktiviti itu.

Media tempatan turut menularkan semula wawancara di mana pelakon itu pernah bergurau mengatakan apabila anaknya sudah besar, dia boleh melakukan apa sahaja termasuk merokok, mengejar gadis, melakukan seks dan ambil dadah.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas