Connect with us

Oh! Media

“Kami Berjaya Atasi Dengan Bantuan Keluarga” – Hubungan Neelofa Dan PU Riz Kian Baik

Oh! Artis

“Kami Berjaya Atasi Dengan Bantuan Keluarga” – Hubungan Neelofa Dan PU Riz Kian Baik

Selepas heboh mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan berantakan, usahawan wanita itu menjelaskan bahawa kedua pihak keluarga mereka sedang mencari jalan penyelesaian untuk kemelut tersebut.

Terbaru, Neelofa menjelaskan bahawa dia dan Haris diduga seperti orang lain yang kini berada dalam fasa pertunangan. Malah hubungan nampaknya kini sudah pun diperbaiki.

Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti.

Penceramah

IKLAN

Tak segan untuk akui bahawa terdapat sedikit salah faham dan masalah dalam hubungan mereka, Neelofa mengatakan bahawa mereka berjaya menempuhinya atas bantuan keluarga.

Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham. Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif.

Bukan itu sahaja, khabarnya hubungan ahli keluarga wanita itu dan juga Haris juga sudah kian pulih daripada sebelumnya.

Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih. Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat.

neelofa dan pu riz berbaik

Malah Neelofa menimbulkan rasa teruja orang ramai apabila berkongsi bahawa dia akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat nanti.

Biasalah hubungan pasang dan surut, yang penting dah berbaik kan?

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas