Connect with us

Oh! Media

“Kalau Betul Tak Pakai Fake Account” – Jiran Bongkar Perangai Sebenar? Ali Puteh Minta Bukti

Featured 713x401 No Box 72

Oh! Artis

“Kalau Betul Tak Pakai Fake Account” – Jiran Bongkar Perangai Sebenar? Ali Puteh Minta Bukti

Di media sosial, kecoh dakwaan seorang pengguna Facebook mengatakan pelawak Ali Puteh dan keluarganya ada di dalam rumah ketika balu arwah Abam, Hidayah berkunjung ke rumah itu.

BACA: “Kau Ingat Kami Ni Buta Ke Setan?” – Jiran Bongkar Perangai Sebenar Ali Puteh 

Individu yang mendakwa sebagai jiran itu berkata lagi, dia melihat penghuni rumah cepat-cepat keluar apabila Hidayah beransur pulang.

IKLAN

Memetik laporan Astro Gempak, Ali Puteh menafikan dakwaan itu dan meminta ‘jiran’ tunjuk bukti bahawa dia ada di rumah.

Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah.

Tambahnya lagi, apa yang dikatakan individu tersebut adalah fitnah besar. Dia sebenarnya tak duduk pun di rumah itu dan tak ada ketika kejadian.

Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen.

Terdahulu, Ali Puteh mendakwa tiada orang di rumah ketika kakak iparnya itu datang menyebabkan pintu tak dibuka.

Lebih menghangatkan isu apabila pelawak ini mendakwa menjumpai garam kasar, daun limau dan bangkai haiwan di sekeliling rumah selepas Hidayah pulang.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas