Connect with us
Puteri Sarah

Oh! Artis

“Kalau Ada Jodoh, Saya Terima..” – Puteri Sarah Kata Pintu Hatinya Tak Pernah Tertutup

Pejam celik sudah lebih setahun pelakon, Puteri Sarah Liyana bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun tahun lepas.

BACA“Saya Dah Ada Kehidupan Sendiri” – Puteri Sarah Tumpang Gembira Syamsul Yusof Akhirnya Pulang

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan HibGlam, Sarah berkata yang dirinya sudah lama move on dengan kisah lalunya dan menganggap apa yang berlaku itu semua ketentuan takdir.

Katanya lagi, dia tidak pernah menutup pintu hatinya dan jika boleh mahukan cinta baru dari lelaki yang benar-benar layak menjaga dirinya dan anak-anak.

Siapa yang tak mahu merasai nikmat hidup bahagia di sisi insan dicintai. Kalau boleh saya pun mahukan cinta baharu. Saya pun bukannya tua sangat. Saya masih muda.

Kalau ada jodoh, saya terima. Saya tidak pernah serik. Kerana saya percaya, segala yang berlaku dalam hidup setiap manusia sudah tertulis. Jika ada jodoh yang baik untuk saya, saya terima seadanya.

Untuk info, Puteri Sarah telah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan sah bercerai pada 14 Jun tahun lepas. Mereka berdua telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam yang kini berudia 6 tahun dan Summayah berusia 4 tahun.

Puteri Sarah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: HibGlam


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas