Connect with us

Oh! Media

Kahwin Muda Sebab Elak Zina, Tegar Septian Umum Dah Berpisah Selepas Dua Tahun

Oh! Artis

Kahwin Muda Sebab Elak Zina, Tegar Septian Umum Dah Berpisah Selepas Dua Tahun

Penyanyi kelahiran Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang membuat pengumuman mengejutkan di Instagram mengenai rumahtangganya.

ADVERTISEMENT

BACA: Tegar Umum Berita Gembira, Bakal Jadi Seorang Bapa!

Menurut Tegar Septian, dia dan isteri iaitu Sarah Sheika sudah tidak bersama lagi selepas dua tahun berkahwin. Katanya dia sudah terlalu letih memikirkan banyak perkara.

Malah peserta Big Stage ini mengaku tidak sempurna dan hanya kelihatan romantis di Instagram.

Penyanyi ini berkata berat badannya turun kerana banyak berfikir termasuk masalah kewangan yang membebaninya. Daripada situ dia mula rasa tertekan dan kini memilih untuk memulakan kembali kehidupan dari kosong.

Terdahulu, Tegar dilaporkan memilih untuk berkahwin seawal usia 19 tahun ketika namanya di kemuncak karier kerana mahu mengelakkan diri daripada zina. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano.

Kredit: Instagram Tegar Septian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas