Connect with us

Oh! Media

“Jumpa Di Padang Mahsyar Je!” – Rita Rudaini Sekali Lagi Bengang Dengan Bekas Suami

rita rudaini

Oh! Artis

“Jumpa Di Padang Mahsyar Je!” – Rita Rudaini Sekali Lagi Bengang Dengan Bekas Suami

Nama Rita Rudaini kembali mencuri perhatian netizen selepas sering memberikan respon dalam setiap soalan yang diberikan pengikutnya di sosial media.

ADVERTISEMENT

Macam baru-baru ni, seorang pengikutnya mempersoalkan sama ada bapa kepada anaknya, Rayyan pernah datang berjumpa anak atau tidak.

Soalan itu diberikan pengikutnya selepas Rita meluahkan rasa sayu ketika menghantar anak sulungnya itu pulang ke asrama penuh bagi sesi persekolah 2024.

Rita kemudian membalas soalan terbabit dengan kata-kata sindiran dan turut memberikan amaran untuk bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan tidak meletakkan harapan untuk berjumpa anak-anak.

“Tak payah berangan nak datang!” – Rita Rudaini.

Malah mendakwa Aidil sama sekali tidak pernah mengambil tahu soal darah dagingnya sendiri sejak mereka kecil lagi.

Sedia maklum, Rita Rudaini sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2013.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas