Connect with us

Oh! Media

Johan As’ari Nekad Tamatkan Zaman Bujang Tahun 2025

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Johan As’ari Nekad Tamatkan Zaman Bujang Tahun 2025

Pelakon popular Johan As’ari mengumumkan azam tahun 2025 adalah untuk mendirikan rumah tangga, sekaligus menamatkan zaman bujangnya.

Menurut Johan atau nama penuhnya Johan Ariff As’ari, dia kini masih belum terikat dengan sebarang hubungan rasmi, namun berharap tahun ini menjadi tahun penuh keberkatan untuknya melangkah ke alam perkahwinan.

Tahun 2025 ni saya betul-betul nak kahwin. Alhamdulillah, bulan November tahun lepas saya dapat banyak tawaran untuk tahun 2025 sampai bulan Mei.- Katanya ketika ditanya pihak media.

Johan harap jodoh bersama Miss N?

Img 0787

Menurut Johan, kesibukan jadual kerja dan pelbagai peluang rezeki yang diterima memberikannya dorongan untuk lebih serius mengenai perkahwinan.

IKLAN

Bila saya pandang balik kerja-kerja ini semua, saya rasa teruk lah diri ini kalau tak jadi kahwin juga. Tapi saya memang bersyukur dengan rezeki yang datang.- Tambahnya.

Johan juga mengakui bahawa hatinya masih berharap pada pilihan hati yang dikenali sebagai Miss N.

Saya harap saya berkahwin dengan orang yang sama iaitu Miss N, sebab jodoh ni kan rahsia Tuhan.- Katanya dengan penuh harapan.

Walaupun tidak mendedahkan identiti sebenar Miss N, Johan yakin bahawa jika mereka berjodoh, segalanya akan dipermudahkan.

Rezeki melimpah di tahun baru

Img 0788

Selain perancangan peribadi, Johan berkongsi rasa syukur kerana rezeki dalam bidang lakonan terus melimpah.

Dengan pelbagai tawaran kerja yang diterima sehingga pertengahan tahun ini, dia berharap segala usahanya akan memberikan kebahagiaan, baik dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

#OhmediaNasihat

Jodoh dan rezeki adalah ketentuan Allah dan setiap usaha pasti ada hasilnya. Johan As’ari memberikan contoh bahawa kejayaan dalam kerjaya boleh menjadi motivasi untuk memperbaiki diri dan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan peribadi.

Jadi, jangan pernah berhenti berusaha, kerana setiap perkara yang baik akan tiba tepat pada masanya.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: OhBulan!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas