Oh! Artis
Kelibat Jofliam Dan Penampilan Dewi Tanpa Tudung Dilihat Tiba Di Jakarta?
Tular di media sosial, sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok Diyana Rizap memaparkan dirinya bersama rakan-rakan di sebuah hotel di Jakarta telah mencuri perhatian netizen.
Dalam video tersebut, kelihatan Jofliam dan Dewi berjalan masuk ke lobi hotel, menimbulkan tanda tanya mengenai urusan sebenar mereka di sana.
Kelibat Jofliam dan Dewi di lapangan terbang tersebar…

Tidak berhenti di situ, satu lagi hantaran menunjukkan Jofliam dan Dewi tiba di lapangan terbang Jakarta sambil membawa bagasi mereka.
Namun, sehingga kini tiada penjelasan rasmi dari kedua-duanya berhubung kehadiran mereka bersama di kota tersebut.
Penampilan Dewi tidak bertudung jadi perhatian…

Rata-rata netizen turut memberikan komen yang menyifatkan ini sebagai “petunjuk dari Tuhan” dan ada juga yang menegur penampilan Dewi yang kelihatan tanpa tudung setelah tiba di Jakarta. Perbualan tentang pasangan ini semakin hangat di media sosial.

#OhmediaNasihat
Mungkin sesuatu yang tular menarik perhatian, tetapi jangan lupa menghormati privasi individu. Sentiasalah menjaga adab dalam setiap komen dan perkongsian kita.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM