Connect with us

Oh! Media

Jocelyn Chia Anggap Tindakan PDRM Sebagai Mengarut!

jocelyn chia

Oh! Artis

Jocelyn Chia Anggap Tindakan PDRM Sebagai Mengarut!

Tindakan PDRM meminta pertolongan INTERPOL bagi mengesan keberadaan pelawak kelahiran Singapura dianggap sebagai mengarut? Perkara itu dinyatakan sendiri pelawak terbabit, Jocelyn Chia yang berkata kepada pihak BBC.

ADVERTISEMENT

BACA: PDRM Minta Bantuan INTERPOL Untuk Kesan Lokasi Pelawak Singapura, Jocelyn Chia

Jocelyn yang sedar dirinya kini sedang diburu pihak Polis Diraja Malaysia itu memberitahu kepada BBC yang dia tidak mempermainkan tragedi dan keluarga mangsa MH370 tetapi hanya cuba mencari humor menggunakan tragedi terbabit.

Jocelyn Chia kata menggunakan tragedi seperti MH370 sebagai bahan lawak adalah perkara biasa di Amerika…

Orang Amerika boleh menghargai humor yang lebih tajam, lebih berani dan lebih bersemangat. Berbanding dengan di Asia di mana pentas komedi berdiri masih dalam peringkat awal. Anda tidak akan mendapati banyak komedi yang berani di Asia.

Jocelyn turut mengambil contoh pelawak lain di New York yang bebas menggunakan apa sahaja bahan seperti serangan keganasan 11 September sebagai bahan lawak.

Bagi Ohmedia apa yang dia lakukan bukan lawak berani tapi lawak biadap dan kurang ajar! Kita harapkan pihak PDRM terus mengesan Jocelyn agar orang lain tidak mengambil mudah terhadap kedaulatan negara kita.

Kredit: BBC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas