
Oh! Artis
Jenna Ortega Pelakon Utama Wednesday Dituduh Anti-Semitik Hanya Kerana Pertahankan Palestin
Oleh
Sampai sekarang babak tarian dalam siri Netflix, Wednesday yang dilakonkan Jenna Ortega menjadi ikutan di TikTok. Bagaimanapun, prestasi cemerlangnya dalam siri ini nampaknya tidak mendapat sokongan orang Israel.
Ini apabila, Jenna Ortega memberikan pandangan yang dia berpihak dan mempertahankan Palestin. Disebabkan itu, Jenna dituduh sebagai anti-Semitik oleh The Times of Israel.
Laporan itu ditulis oleh Daniel Margolis yang turut membandingkan Jenna dengan Kanye West yang didakwa cuba menyebarkan kebencian orang ramai terhadap Yahudi.
We must never give up on the people of Ukraine, Yemen, Palestine, Kashmir, Iraq, Syria… the list goes on unfortunately. For anyone who is willing & wanting to contribute any way they can, I want to form a thread with information. Does anyone have resources/links they could add?
— Jenna Ortega (@jennaortega) March 6, 2022
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
