Connect with us

Oh! Media

Jay Iswazir Tuntut Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Kerana Keluarkan Kenyataan Fitnah

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Jay Iswazir Tuntut Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Kerana Keluarkan Kenyataan Fitnah

Pelakon, Jay Iswazir kini dalam proses mengambil tindakan tegas terhadap bekas isterinya, Fatimah Azzahra Ahmad kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah. 

Menurut laporan Harian Metro, Jay juga dikatakan telah menyerahkan notis tuntutan (letter of demand) kepada Azzahra pada semalam iaitu 19 Disember 2024.

Jay Iswazir tuntut permohonan maaf secara terbuka

Img 5959

Dalam notis tersebut, Jay meminta Azzahra untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang dikatakan memfitnah pelakon itu. 

IKLAN

Antara dakwaan yang dibuat ialah tuduhan bahawa Jay mengasari Azzahra dalam tempoh tiga bulan perkahwinan mereka serta mendesaknya menggugurkan kandungan.

Jika Azzahra tidak mematuhi tuntutan itu, Jay bercadang untuk membawa kes ini ke mahkamah dan menuntut ganti rugi.

Dakwaan Azzahra terhadap Jay

Img 5958

Sebelum ini, Azzahra pernah mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Dia juga menyatakan bahawa Jay culas dalam membayar nafkah sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Dakwaan-dakwaan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Namun, kenyataan ini disangkal oleh Jay yang mendakwa ia tidak benar dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang pelakon.

#OhmediaNasihat

Isu peribadi seperti ini menunjukkan pentingnya menjaga komunikasi yang baik walaupun hubungan telah berakhir. Sebelum membuat kenyataan di media, pastikan ia benar dan tidak mencemarkan nama baik sesiapa. Kejujuran dan hormat antara satu sama lain sangat penting untuk menyelesaikan konflik dengan matang.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas