Connect with us

Oh! Media

“Janganlah Rasa Diri Tu Famous Sangat” – Uyaina Arshad Perli ‘Influencer’ Berlagak?

Oh! Artis

“Janganlah Rasa Diri Tu Famous Sangat” – Uyaina Arshad Perli ‘Influencer’ Berlagak?

Di zaman media sosial kini, lebih ramai pengguna yang menggelar diri mereka sebagai pempengaruh media sosial atau lebih dikenali sebagai influencer. Baru-baru ini juga pelakon Uyaina Arshad telah menyelar seorang influencer yang dikatakan berlagak seperti selebriti.

ADVERTISEMENT

Kenyataan tersebut telah dikongsikan di laman Twitter peribadinya. Berdasarkan hantaran tersebut, dirinya seperti sedang tidak puas hati dengan individu yang merupakan pempenagruh media sosial. Katanya, individu tersebut terlalu berlagak seperti dirinya artis yang terkenal.

Soalan: Kenapa influencers lagi berlagak dari selebriti? Followers juta-juta ke ribu-ribu ke jangan lah rasa diri tu famous sangat.

Chill sudah lah… Eksyen2 nak pergi mana.. Followers jota2 ke ribu-riban ke jangan lah rasa diri tu famous sangat..

Namun begitu, isteri kepada penyanyi Raja Shahiran itu tidak menyatakan nama kepada influencer tersebut mahupun deskripsinya. Tetapi, di ruangan komen hantaran yang sama, ada segelintir yang membuat spekulasi tetang individu yang dimaksudkan Uyaina.

Pada masa yang sama, aktres ini tidak menafikan atau membenarkan mana-mana spekuali tekaan dari netizen yang membuat ramai semakin tertanya-tanya siapakah gerangan individu terbabit.

Sebelum ini, pelakon ini juga sempat tular apabila dirinya menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila akaun TikTok miliknya disekat daripada memuat naik sebarang hantaran berkenaan isu peperangan di Palestin.

Kredit: X Uyaina Arshad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas