Connect with us

Oh! Media

“Jangan Usik Aku Sebelum Aku Bongkarkan Rahsia Kau” – Izreen Azminda Nak Bongkar Rahsia Siapa Tu?

Izreen azminda ohmedia

Oh! Artis

“Jangan Usik Aku Sebelum Aku Bongkarkan Rahsia Kau” – Izreen Azminda Nak Bongkar Rahsia Siapa Tu?

Pelakon, Izreen Azminda baru-baru ini ditemu bual pihak Melodi mengenai isu didakwa demand job dan kes tikam belakang. Isu yang dibangkitkan ini jadi hangat semula selepas dikongsikan semula di TikTok oleh seorang pengguna.

Melalui temubual itu, Izreen menjelaskan bahawa dirinya lebih memilih untuk terima job yang tidak mengambil masa yang lama untuk penggambaran memandangkan dia memerlukan lebih masa untuk bersama dan menjaga keluarga.

Selain itu, menjawab isu tikam belakang serta individu yang ingin menjatuhkannya, Izreen memberitahu zaman-zaman bertengkar sudah pun berlalu, asalkan tidak melampaui batas.

IKLAN

Jangan usik aku!

@memes.puaka credit : youtube tv3malaysia #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas ♬ original sound – 👆🏻TekanBagKuning💰

Wartawan turut bertanya status panas di media sosialnya, pelakon tersebut berkata dia menulis status tersebut secara general dan seandainya ada individu terasa, itu terpulang kepada mereka.

Dalam pada itu, dia berkata ada kenalannya cuba memporak perandakan keadaan sekeliling tetapi Izreen sama sekali tidak mahu membalas kejahatan yang dilakukan dan sedia untuk berbaik selagi rahsia yang dipegang olehnya tidak terbongkar.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas