
Oh! Artis
“Jangan Sesekali Mendongak Tinggi” – Kejayaan Anak Di MRSM Jadi Tumpuan, Rita Rudaini Titip Pesanan
Oleh
Anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin menjadi tumpuan media selepas menerima Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.
BACA: “Ini Hadiah Ryan Untuk Mommy” – Anak Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM
Mana tidaknya, umum sedia maklum bukan mudah untuk seorang pelajar mendapat anugerah tertinggi tersebut. Tambahan pula Rayyan belajar di MRSM Ulul Albab yang turut menekankan hafazan al-Quran.
Terbaru, Rita Rudaini menitipkan pesanan buat Rayyan supaya tak mendongak tinggi apabila mencapai kejayaan.
Kata Rita, ini baru permulaan perjalanan Rayyan sebagai ketua keluarga dalam hidup mereka bertiga.
Pesanan Rita Rudaini untuk anak
Pelakon kelahiran Perlis ini menambah perjalanan anaknya itu masih jauh. Namun, dalam menapak sedikit demi sedikit, dia menasihati Rayyan supaya sentiasa melihat ke mana kaki melangkah supaya tak tersalah haluan.

Fuh, deep betul pesanan Rita ini kan? Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan kecekalan Rita membesarkan anak seorang diri. Biarpun pelbagai dugaan yang dihadapi, Rita mampu buktikan anaknya juga mampu berjaya.
Kredit: Rita Rudaini
