Connect with us

Oh! Media

“Jangan Kata Anak Aku Makcik, Esok Makan Penampar …” – Ali Puteh

Oh! Artis

“Jangan Kata Anak Aku Makcik, Esok Makan Penampar …” – Ali Puteh

Bapa mana tak mengamuk kalau anak tersayang kena kutuk dengan orang. Tapi, inilah yang terjadi pada pelawak terkenal Ali Puteh, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan.

ADVERTISEMENT

Ceritanya, Ali baru-baru ni ada post gambar anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru je berusia dua bulan. Tup tup, ada pula netizen yang pergi komen benda yang tak patut. Dia kata, semoga anaknya itu tak ikut perangai ayahnya nanti. Lagi teruk, ada pula yang tambah perisa dan cakap, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Alahai, mulut netizen.

Ali pun apa lagi, memang terus attack lah komen tersebut. Yelah, yang dikutuk netizen tu anak dia. Dah lah baru dua bulan, patutnya doakan yang baik-baik supaya baby membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Bukannya doa yang bukan-bukan!

“Dah tua-tua mulut jaga sikit makcik. Makan penampar mulut tu pecah nanti. Jangan kata anak aku makcik, esok makan penampar lurus mulut tu makcik. Pergi jaga amal lagi baik dari mengata sana sini.”

“Mulut jaga sikit. Anak aku yang kau kata tu. Kau bagus sangat ke?” – antara balasan komen Ali Puteh pada netizen.

Ada juga netizen yang nasihatkan Ali untuk abaikan je insan-insan dengki macam tu. Iyelah, kalau tak puas hati dengan Ali pun, janganlah libatkan baby yang baru lahir. Budak tu takde cari masalah pun dengan korang. Korang pun kalau ikutkan, bukannya ada masalah direct dengan Ali Puteh. Hanya sebab kontroversi yang berlaku dalam keluarga dia, korang pula yang terasa lebih? Apoo!

Takpelah, Ali. Mulut orang memang tak boleh kawal. Lantaklah apa yang diorang nak komen. Asalkan Ali buat benda yang betul, teruskan je lah. Semoga baby Syed membesar dengan baik dan mampu berbakti pada kedua ibu bapa. Amiin.

Kredit: Gempak, Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas