Oh! Artis
“Jangan Berpecah Belah Dek Kerana Harta” – Pesanan Sayu Ali Puteh Kepada Anak-Anak
Pelawak dan usahawan, Ali Puteh menerusi satu hantaran di TikTok meninggalkan pesanan penuh sayu buat anak-anaknya.
BACA: “Aku Hilang Segalanya, Menangis Sendirian” – Ali Puteh Syukur Isteri Teguh Bersama Di Waktu Susah
Tulis Ali, dia sangat bersyukur dengan segala kurniaan daripada Allah SWT kepada mereka sekeluarga. Kini, sudah tiba masanya mereka melangkah dengan penuh hiba dengan segala takdir mereka.

Ali dan isterinya berpesan kepada tiga anak mereka supaya jangan sesekali berpecah belah disebabkan harta dan dunia.
Katanya lagi, jangan sesekali termakan dengan cacian dan makian daripada orang ramai. Ali berharap anak-anaknya dapat membesar dengan kasih sayang sebagai saudara.

Dia berjanji akan membahagiakan anak-anak selagi berdaya dan akan terus ada disamping mereka bertiga.

Selepas segala kekusutan dan ujian yang menimpa, Ali sekeluarga mahu terus maju ke depan kerana Allah SWT Maha Adil dan Maha Mendengar.
Kredit: TikTok Ali Puteh
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM