Connect with us

Oh! Media

Jamal Abdillah Tarik Diri, Tak Puas Hati Peserta Bertanding Secara Percuma Di AJL Sedangkan..

jamal abdillah ajl38

Oh! Artis

Jamal Abdillah Tarik Diri, Tak Puas Hati Peserta Bertanding Secara Percuma Di AJL Sedangkan..

Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah membuat keputusan mengejutkan apabila menarik diri daripada bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal diadakan 3 Mac ini.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Tiada Niat Untuk Bertanding Semula” – Siti Nurhaliza Perjelas Tidak Akan Sertai AJL

Memetik laporan mStar, Datuk Jamal nekad menarik diri kira-kira sebulan lalu selepas mendapat tahu pihak penganjur program menjual tiket kepada penonton.

Tarik diri lepas tahu tiket dijual kepada penonton

jamal abdillah

Beliau meluahkan rasa tak puas hati peserta bertanding secara percuma sedangkan penganjur mengaut keuntungan daripada jualan tiket dan mendapat tajaan jutaan ringgit.

Saya juga sudah berbincang dengan syarikat penerbit lagu dan mereka juga seolah-olah tidak mahu keluarkan bayaran. Jadi saya rasa malas untuk berbincang lanjut dan lebih baik tarik diri.

Saya juga ada tawaran persembahan di Sabah yang sudah diatur. Jadi buat masa sekrang saya lupakan terus tentang AJL38.

Jelas penyanyi ini, jika dia tidak menarik diri, perkara itu akan berterusan sehingga nasib penyanyi generasi baru tidak terbela.

“Setidak-tidaknya keluarlah bayaran sedikit”

jamal

Penyanyi gandingan Wany Hasrita melalui lagu Kucuma ini berharap pihak produksi membuka mata dan tak mengambil mudah mengenai nasib artis baharu yang ingin mencipta nama di pentas AJL.

Isu ini buka soal duit semata-mata, saya ada pendapatan lain juga. Tetapi apa yang saya lakukan ini untuk memperjuangkan nasib artis muda.

Setidak-tidaknya keluarkanlah sedikit bayaran kerana produksi menjual tiket dan terima tajaan berjuta ringgit.

Beliau sedar penyanyi baru mungkin tidak berani bersuara jadi sebagai penyanyi veteran biar dia yang membangkitkan isu tersebut.

Jamal Abdillah juga tidak kisah sekiranya kena ‘ban’ daripada bertanding pada masa akan datang kerana bukan senang penyanyi mahu mencari rezeki.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas