Connect with us

Oh! Media

“Jaga Perasaan Isteri” – Bapa Siti Sarah Tak Kisah Shuib Utamakan Watie

20230628 141641 0000

Oh! Artis

“Jaga Perasaan Isteri” – Bapa Siti Sarah Tak Kisah Shuib Utamakan Watie

Bapa mentua Shuib, Raissuddin Hamzah baru-baru ini memberitahu bahawa dirinya tidak mengambil hati sekiranya Shuib lebih mengutamakan isteri barunya, Watie.

BACA: Shuib Dan Watie Tayang Aksi Memasak Bersama Pula, Siap Lapkan Mulut Suami Lagi

Hal ini kerana dirinya memahami ia merupakan tanggungjawab Shuib dan yakin Watie mampu menjadi ibu yang baik buat cucu-cucunya.

IKLAN

Tanggungjawab Shuib

Shuib

Menurut bapa arwah Siti Sarah itu, Shuib tidak pernah meminggirkannya malah sering mengutamakannya dalam setiap hal.

Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

Raissuddin juga mengatakan dirinya gembira dengan perkahwinan menantunya dan yakin Watie mampu menjadi ibu yang baik buat cucu-cucunya.

Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik. Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

Sebagai info, Shuib telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah sejak 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Kredit: Murai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas