Connect with us

Oh! Media

“Itu Sahaja Heroin Saya” – Aliff Aziz Sahkan Sophia Albarakbah Wanita Yang Dimaksudkan

Oh! Artis

“Itu Sahaja Heroin Saya” – Aliff Aziz Sahkan Sophia Albarakbah Wanita Yang Dimaksudkan

Terkini di media sosial mengenai rumah tangga pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz yang didakwa diganggu orang ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cuba Try Sol” – Netizen Minta Sophia Albarakbah ‘Mengorat’ Syamsul Yusof

Baru-baru ini pula, Aliff Aziz sendiri telah mengesahkan wanita yang dimasudkan menganggau rumah tangganya adalah Sophia Albarakbah.

Wanita yang dimaksudkan

Penyanyi dan pelakon itu tidak menyebut nama wanita tersebut tetapi memberitahu kriteria wanita yang dimaksudkan adalah seperti Sophia.

Saya buat satu drama sahaja. Jadi, itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri memang tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara ini begitu sahaja. Saya faham keadaan Bella sedang rapuh, tetapi kami terbuka berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang.

Dalam pada masa yang sama, Aliff tidak menafikan kejadian yang berlaku itu adalah berdasarkan kekhilafan diri sendiri. Penyanyi itu juga akur untuk tidak melibatkan diri bersama Sophia lagi pada masa akan datang.

Pada awal penggambaran, tiada sesi bacaan skrip, jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama.

Ha, nampaknya pertanyaan pihak netizen telah dijawab.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas