Connect with us

Oh! Media

“Itu Antara Saya Dengan Tuhan” – Ifa Raziah Akan Pakai Tudung Bila Sampai Masanya

Ifa raziah 1

Oh! Artis

“Itu Antara Saya Dengan Tuhan” – Ifa Raziah Akan Pakai Tudung Bila Sampai Masanya

Artis versatil, Ifa Raziah seakan sudah lali dengan kecaman apabila sentiasa menjadi bahan kritikan netizen dek kerana penampilannya.

BACA: “Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput Saya Tiga Kali Dah” – Ifa Raziah Bidas Kecaman Netizen Soal Aurat

Sampai ada yang mempertikaikan niat suci penyanyi dangdut ini selaku penganjur Starvendor membantu golongan usahawan tempatan mencari rezeki. Ini respon Ifa Raziah.

IKLAN

Dikecam buat baik tapi tak pakai tudung

Ifa Raziah

Memetik laporan Utusan, Ifa Raziah sedar memakai tudung adalah hukumnya wajib namun mungkin belum tiba waktunya lagi.

Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.

Ujar Ifa, segelintir netizen hanya menghukum dari segi luaran dan menganggap wanita seksi dan tak bertudung sebagai jahat.

Siapa kita nak hukum manusia lain? Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan? Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu.

Ifa juga mengakui dia tak boleh memaksa orang untuk suka kepadanya tetapi janganlah sampai ada yang mendoakan keburukan untuk orang lain.

Akan tutup aurat bila sampai masa

1551901

Meskipun sentiasa menjadi bahan kutukan, Ifa langsung tak berkecil hati dan memahami ada yang suka menghukum.

Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya.

Ifa Raziah berkata lagi, dia sangat berterima kasih di atas teguran baik dan menerimanya dengan baik. Sebagai manusia biasa, dia sentiasa melakukan silap tetapi janganlah sampai tahap menghina seolah-olah seseorang sudah ada ‘cap mohor’ untuk masuk ke syurga.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas