Connect with us

Oh! Media

“Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput Saya Tiga Kali Dah” – Ifa Raziah Bidas Kecaman Netizen Soal Aurat

ifa raziah

Oh! Artis

“Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput Saya Tiga Kali Dah” – Ifa Raziah Bidas Kecaman Netizen Soal Aurat

Di TikTok, tular rakaman video memaparkan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah mengupas hal berkaitan aurat dan makanan halal.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Dah Pasang Lima Orang Bodyguard”- Ifa Raziah Tak Risau Tayang Barang Kemas Ribuan Ringgit

Rakaman yang dimuat naik semula pengguna TikTok @nazrul_al_bangsari itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila Ifa mengaitkan memakai tudung dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.

@nazrul_al_bangsari Dengar Apa Orang Jahil Berhujah #syahadah #Volunteer #Movement ♬ original sound – Nazrul_Al_Bangsari

Menurut Ifa banyak lagi cara untuk membuatkan kita ingat kepada Allah SWT bukan hanya dengan menutup aurat. Katanya tidak guna tutup aurat jika tidak solat, tidak berzikir atau tidak melakukan amal jariah.

Penyanyi ini bagaimanapun mengaku diri banyak kekurangan dan tidak sempurna.

Banyak orang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah ke pergi haji ke. Saya belum pakai tudung tapi Allah jemput saya tiga kali dah.

Membidas kecaman netizen, Ifa mempersoalkan bagaimana jika hanya aurat dijaga rapi tetapi perkara lain diabaikan. Penyanyi ini juga mengalu-alukan netizen yang tidak suka melihatnya untuk keluar daripada sesi langsung tersebut.

Pakai tudung mulut jahat, duk mengata orang, fitnah orang macam mana pulak? Cuba jawab. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat.

Kenyataan yang dikeluarkan Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha ini bagaimanapun mengundang rasa kurang senang netizen. Mereka mendoakan semoga penyanyi ini mendapat hidayah Allah SWT.

Selain isu aurat, Ifa Raziah turut menjelaskan keraguan netizen mengenai status halal restoran makanan cina yang dikunjunginya di Pulau Pinang.

Kredit: TikTok @nazrul_al_bangsari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas