Connect with us

Oh! Media

Isu Pukul Isteri, Polis Akan Panggil Pelakon Lelaki, Tangkapan Dibuat Jika Perlu

Featured 713x401 No Box 22

Oh! Artis

Isu Pukul Isteri, Polis Akan Panggil Pelakon Lelaki, Tangkapan Dibuat Jika Perlu

Kecoh sejak minggu lalu, isu membabitkan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul isterinya di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.

BACA: Hafidz Roshdi Tumbuk Shuhada 3 Kali Di Muka Sampai Rabak, Dua Ahli Keluarga Jadi Saksi

Terbaru, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan sudah mengambil keterangan isteri pelakon itu hari ini.

IKLAN

Pelakon lelaki akan dipanggil dalam masa terdekat

Pelakon Lelaki Pukul Isteri

Susulan itu, pihaknya akan memanggil suspek (pelakon lelaki) dalam masa terdekat. Jelasnya lagi, jika perlu tangkapan akan dilakukan bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberi.

Terdahulu, isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada memuat naik gambar mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas cedera di bahagian muka.

Hafidz Roshdi Pukul

Ahli keluarganya kemudian tampil mengesahkan Shuhada telah ditumbuk Hafidz sebanyak tiga kali. Ibu kepada dua anak ini turut berterima kasih di atas ‘hadiah’ yang diterimanya pada hari lahir yang ke-29 tahun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas