Connect with us

Oh! Media

Isteri Pertama Dah Terima Nora? Dr Rushdi Mahu Pertemukan Dua Isteri

nora ariffin

Oh! Artis

Isteri Pertama Dah Terima Nora? Dr Rushdi Mahu Pertemukan Dua Isteri

Nampaknya kemelut rumah tangga antara penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr. Rushdi Ramli semakin mendapat perhatian ramai.

BACA: Tak Mahu Ceraikan Nora Ariffin, Dr Rushdi Pilih Jalan Lain

IKLAN

Terbaru, Dr. Rushdi menerusi laporan mStar menjelaskan bahawa beliau sedang berusaha keras untuk mendamaikan kedua-dua isterinya dan tidak mahu konflik terus berlarutan.

Mahu pertemukan dua isteri

nora ariffin

Menurut Rushdi, pertemuan antara kedua-dua isterinya adalah satu usaha penting dalam memastikan keharmonian hidup berpoligami.

Katanya, ini bukan sekadar soal rumah tangga, tetapi juga berkait rapat dengan prinsip sebagai seorang lelaki Muslim yang mahu memelihara hukum hakam dalam perkahwinan.

Usaha ini sudah lama tercetus sebab saya mahu kehidupan poligami yang betul, bukannya isteri kedua disembunyikan.

Terdahulu media melaporkan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh sebutan kedua untuk kes penceraian Dr. Rushdi dan Nora.

Kes penceraian ditangguh

dr rusydi

Pegawai mewakili Nora iaitu Sarah Mohd Ali memaklumkan pasangan itu perlu melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) terlebih dahulu memandangkan Dr. Rushdi enggan menceraikan Nora.

Dr. Rushdi mengakui bahawa tekanan daripada isu ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuannya sebagai pensyarah.

Saya pensyarah, perlu tulis buku, artikel dan sebagainya. Jadi kalau serabut dengan masalah ini, membuatkan saya tiada idea.

Rushdi juga menjelaskan bahawa keluarga pertamanya sudahpun menerima perkahwinannya dengan Nora dan tidak lagi membantah hubungan tersebut.

Malah katanya, mereka hanya berharap agar tidak berlaku sebarang perubahan yang boleh meretakkan hubungan kekeluargaan sedia ada.

Dalam pada itu, Dr. Rushdi mengesahkan bahawa mereka pernah bersua ketika awal perkahwinannya dengan penyanyi berkenaan. Malah, katanya isteri pertamanya turut menerima Nora sebagai madu.

Pssttt! Pastinya Dr Rusydi masih sayang dan mahu mempertahankan rumahtangganya. Semoga mereka menemui jalan damai dalam kehidupan berpoligami ini.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas