Connect with us

Oh! Media

Isteri Pelakon Lelaki Buat Laporan Polis Ditumbuk Suaminya Sehingga Cedera Di Bahagian Mata Pagi Tadi

Untitled Design   1

Oh! Artis

Isteri Pelakon Lelaki Buat Laporan Polis Ditumbuk Suaminya Sehingga Cedera Di Bahagian Mata Pagi Tadi

Isteri kepada seorang pelakon lelaki telah membuat laporan polis yang mendakwa dia telah ditumbuk suaminya itu beberapa kali sehingga mengakibatkan bahagian matanya cedera. Siapa pula ni?

Menurut laporan Harian Metro, mangsa telah membuat laporan tentang kejadian itu pada jam 6.30 pagi tadi di Balai Polis Jinjang.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

IKLAN

Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas