Connect with us

Oh! Media

“Isteri Ni Amanah Dan Tanggungjawab” – Zulin Aziz Izinkan Suami Kahwin Lain Dengan Syarat

B17434db 39df 4d4e b3aa e37e02cb0b6b

Oh! Artis

“Isteri Ni Amanah Dan Tanggungjawab” – Zulin Aziz Izinkan Suami Kahwin Lain Dengan Syarat

Pelakon, Zulin Aziz meletakkan beberapa syarat sebelum memberi keizinan kepada suami tercinta, Farhan Norzaini sekiranya ingin berkahwin lagi. Wah! Apa syaratnya tu?

Menerusi laporan Gempak, pertamanya suami perlu ada alasan yang sangat kukuh kenapa mahu kahwin lagi. Sambil tu, Zulin tetap akan berpesan kepada suaminya untuk mengambil pelajaran dari nasib selebriti lain yang turut bermadu.

Nak poligami kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh, jalan. Saya sendiri pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua tiga empat.

Ada yang satu ni, kukuhkan dahulu. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok, sesuai jadi maid je!

Walau bagaimanapun, pelakon itu sempat juga memberi sedikit nasihat kepada semua suami di luar sana untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

IKLAN

Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia, nanti dekat akhirat ditanya.

Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat akhirat nanti.

Apapun, semoga kita bersama pasangan kekal hingga ke akhir hayat dengan izinnya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas