
Oh! Artis
Selepas Tular Gambar ‘Belanja’ Di Bali, Isteri Nazrief Nazri Dituduh Buat Bibir Pula
Nama pelakon Nazrief Nazri baru-baru ini hangat diperkatakan gara-gara memuat naik gambar seksi isteri ketika bercuti di Bali.
BACA: Nazrief Nazri Muat Naik Foto Isteri Berpakaian ‘Terdedah’ Ketika Bercuti Ditegur Netizen
Terbaru, isterinya yang juga merupakan seorang model dituduh pula membuat pembedahan atau filler bibir.
Isteri pelakon dituduh buat bibir, rakan tampil bersuara

Perkara ini didedahkan rakan isterinya yang tampil mempertahankan wanita tersebut. Jelasnya komen makcik tu bukan biasa-biasa. Dia siap cakap:
Cantik tak ori.. Boleh kenal mulut tu nampak buat tebal.
Lebih menyakitkan hati apabila ditegur membuat tuduhan tanpa bukti, makcik itu langsung tak boleh terima.
Mak cik bawang kata cantik tak original

Tak berdiam diri, Nazrief tampil menyatakan bibir isterinya memang original tebal seperti bapa mentuanya.

Nazrief berterima kasih kepada rakan isterinya kerana sudi tampil menjelaskan fitnah.
