Connect with us

Oh! Media

Nazrief Nazri Muat Naik Foto Isteri Berpakaian ‘Terdedah’ Ketika Bercuti Ditegur Netizen

Nazrief Nazri

Trending

Nazrief Nazri Muat Naik Foto Isteri Berpakaian ‘Terdedah’ Ketika Bercuti Ditegur Netizen

Pelakon Nazrief Nazri sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila penampilan isterinya, Aizatul Aqma, ketika bercuti menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran di Threads, Nazrief berkongsi beberapa foto mereka sewaktu percutian, namun pakaian seksi isterinya menjadi isu utama.

Isteri Nazrief Nazri ditegur gara-gara pakaian terlalu seksi

Img 4602

Dalam gambar tersebut, netizen mendakwa bahagian dada Aizatul terlalu terdedah dan pakaian lain pula mendedahkan bahagian belakang tubuhnya. Ramai menyifatkan ia tidak sesuai dikongsi secara umum, apatah lagi sebagai pasangan suami isteri beragama Islam.

IKLAN

Ada juga yang mempersoalkan tindakan Nazrief memuat naik gambar sedemikian, seolah-olah sengaja menayang aurat isteri kepada umum.

Netizen nasihat bukan kecam, kata itu tanggungjawab

Img 4603

Segelintir netizen menyuarakan bahawa sebagai suami, Nazrief perlu memainkan peranan menasihati isterinya tentang pemakaian yang sopan dan menjaga aurat.

Namun, dalam masa sama, ada juga warganet yang tampil menenangkan keadaan dan menyeru agar tidak cepat menghukum serta mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Pssttt! Menegur dengan hikmah lebih indah daripada mengecam tanpa arah. Kita semua sedang belajar. Doakan yang baik agar kebaikan itu kembali kepada kita juga.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas