Connect with us

Oh! Media

Isteri Dedah Aaron Aziz Cedera Tulang Belakang Berpunca Dari Filem KL Gangster

untitled design   1

Oh! Artis

Isteri Dedah Aaron Aziz Cedera Tulang Belakang Berpunca Dari Filem KL Gangster

Bukan hanya kemelut rumah tangganya pelakon, Aaron Aziz yang menjadi bualan hangat tetapi juga konflik bersama beberapa selebriti lain turut jadi topik bualan netizen.

Seperti yang ramai tahu, Syamsul Yusof baru-baru ini akhirnya menceritakan mengapa nama Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada filem terbaru arahannya, The Original Gangster.

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu telah tampil dengan video yang dimuat naik di Instagram, untuk membidas kenyataan Syamsul.

IKLAN

Dakwa Aaron, dia dianiaya oleh pengarah sensasi itu yang tidak mengikut perjanjian membabitkan fighting scene di dalam filem tersebut.

Isteri Aaron, Datin Diyana Halik turut tampil mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami suaminya itu sebenarnya berpunca daripada penglibatannya dalam filem KL Gangster.

d00c0e8d bbc1 428a 9e68 7d1504e62803

Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan.

Menerusi Instagram, Diyana berkata sebelum ini dia hanya mendiamkan diri namun kali ini dia perlu bersuara untuk mempertahankan suaminya yang menjadi mangsa body shaming dan dimalukan.

Dia juga berkata konflik yang berlaku ini akan dijadikan iktibar serta turut menegaskan bahawa budi bahasa tetap perlu diutamakan dalam segala hal.

Bagaimanapun, Diyana dilihat sudah menyunting semula kenyataan panjang yang ditulisnya itu sebelum ini dan mengakui terlalu terikut-ikut dengan emosi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas